Sorting by

×

TMM2024: LEBIH BANYAK PROGRAM MENARIK PADA SEPTEMBER DAN OKTOBER

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

TELOK MAS 1 September – Lebih banyak program dan aktiviti pelancongan bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan berlangsung sepanjang bulan ini dan Oktober.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata Melaka bakal menjadi tuan rumah untuk beberapa program peringkat Kebangsaan dan antarabangsa.

Katanya, antara yang dicadangkan adalah Karnival Udara Antarabangsa; Festival Sungai; sukan perahu layar iaitu ASEAN Cup International Regatta 2024; Himpunan Menteri- Menteri Kebudayaan ASEAN dan pelbagai lagi.

“Berbaki empat bulan sebelum tamat TMM2024, Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan lebih kerap aktiviti dan program untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.

“Kita akan adakan program besar ini selang tiga hari apabila menjelang bulan November dan Disember nanti.

“Program untuk bulan September dan Oktober juga sudah padat dengan pelbagai pengisian. Ada aktiviti baharu yang tidak dapat dimasukkan dalam kalendar pelancongan namun sudah pasti ia akan memberi impak pada TMM2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kayuhan Merdeka Madani di SK Padang Temu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata beliau yakin TMM2024 dapat melabuhkan tirai dengan jayanya.

“Saya yakin dan percaya Melaka dapat meraih sehingga lebih 15 hingga 18 juta pengunjung menjelang hujung tahun nanti.

“Memandangkan Januari hingga Julai kita berjaya menarik seramai 8.7 juta pelancong.

“Dengan pelbagai inisiatif seperti Melaka Bila Larut Malam yang diadakan setiap bulan, dan cuti sekolah yang akan datang ini kita yakin sasaran dapat dicapai,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

179
Kongsi :
Previous post PESARA BANK WANITA KERUGIAN RM1.98 JUTA ANGKARA “LOVE SCAM”
Next post MINDEF BERI MASA HINGGA OKTOBER INI UNTUK KONTRAKTOR HANTAR HELIKOPTER BLACK HAWK
Ubah saiz-+=