TMM2024: Kembali ke zaman silam pada bulan Februari

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

BANDA HILIR 5 Februari – Membawa rakyat Melaka dan pelancong kembali ke zaman silam. Itu konsep yang akan dibawa Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sepanjang bulan Februari ini.

Bertemakan ‘Back To History’, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran acara-acara pelancongan yang akan berlangsung di Negeri Melaka, khususnya di Pavillion TMM2024, Padang Dataran Pahlawan.

Penolong Kurator PERZIM, Nur Azeera Jamaluddin berkata, terdapat empat acara akan dianjurkan pada setiap hujung minggu sepanjang bulan ini bagi membolehkan rakyat dan pelancong serta pengunjung mengenali budaya dan warisan negeri.

Menurutnya, pada minggu pertama telah diadakan pameran Santai Warisan yang mengetengahkan kembali permainan tradisional yang popular di negara ini.

“Lebih 10 permainan tradisional diperkenalkan sepanjang pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada generasi muda.

“Antara permainan tradisional yang diperkenalkan ialah seperti musang berjanggut, sepak raga, gundu, baling selipar, baling tin, layang-layang serta pelbagai lagi yang mana kita juga memberi peluang kepada pengunjung mencuba tarikan yang disediakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20240204 195503 229
Pelbagai permainan tradisional yang diperkenalkan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang bertemakan ‘Back To History’ di Pavilion TMM2024, Padang Dataran Pahlawan, Banda Hilir. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata, minggu kedua Februari pula bakal menampilkan pameran bertemakan Persembahan Seni Silat Melayu.

Menerusi pameran itu, jelasnya, beberapa persatuan silat di Melaka akan dihimpunkan dan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai seni mempertahankan diri itu, selain pelbagai acara menarik lain akan diadakan, antaranya teknik pembuatan tanjak.

“Minggu ketiga pula bertemakan pameran Sentuhan Tangan Kreafif Eksplorasi Ukiran Kayu dan pada minggu terakhir Februari pula akan diadakan Pertandingan Eksplorasi Muzium Melaka,” katanya.

Untuk rekod, Pavillion TMM2024 di padang Dataran Pahlawan akan dibuka pada setiap hujung minggu bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1047
Kongsi :
Previous post Tahun Baru Cina: Waktu operasi pembersihan di dua lokasi pelancongan dilanjutkan
Next post Gara-gara Viva belok kanan, penunggang motosikal maut
Ubah saiz-+=