Sorting by

×

TMM2024: Bulan pelancongan sukan ketengah sukan tradisional

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDA HILIR 17 Disember – Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang bakal membuka tirai beberapa hari sahaja lagi menjanjikan pelbagai acara menarik yang akan berlangsung sepanjang tahun.

Menariknya, kesemua acara itu disusun mengikut tema tertentu pada setiap bulan khusus dalam usaha menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

Tidak terkecuali, acara pelancongan sukan turut dirangka yang mana ia dijadual akan berlangsung sepanjang bulan Mei tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bulan pelancongan sukan dan rekreasi yang bertemakan ‘Lets Fit Together’ itu bakal menghimpunkan pelbagai acara sukan yang menarik.

Selain sukan sedia ada, jelas beliau, turut dianjurkan sukan-sukan tradisional yang bertujuan mengangkat tema seni dan budaya membabitkan rakyat Negeri Melaka.

“Kita akan membawakan sukan-sukan tradisional sebagai nilai seni yang akan dikembangkan pada bulan tersebut.

“Selain itu, sukan sedia ada seperti bola sepak, bola jaring dan lain-lain lagi juga akan dianjurkan pada bulan tersebut bagi memastikan semua rakyat dan pelancong dapat meraikan semangat kesukanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Kongres Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) Ke-67, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Speake Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Timbalan Presiden MAFA Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan barisan Naib Presiden seperti jawatankuasa eksekutif badan induk itu bagi sesi 2023-2026.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1002
Kongsi :
Previous post Kes langgar pelajar: Polis sedang lengkapkan siasatan, minta pihak ada bukti untuk tampil
Next post MAFA mahu hidupkan kembali bola sepak Melaka
Ubah saiz-+=