TMM2024: Anjur lebih banyak program Islamik

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

AYER KEROH 14 November – Lebih banyak penganjuran program keagamaan akan dianjurkan demi menyokong hasrat sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, pihaknya komited bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menganjurkan pelbagai program berteraskan agama Islam dan Melayu sekali gus mampu menyuntik kesedaran dan kefahaman terhadap dua elemen berkenaan.

“Insya-Allah DMDI akan mainkan peranan ini untuk bersama-sama Kerajaan Negeri memeriahkan TMM2024 dengan penganjuran program berteraskan Islam dan Melayu.

“Kita akan menjemput kesemua rakan-rakan DMDI dari seluruh dunia untuk datang ke Melaka pada tahun hadapan sekali gus mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong pada tahun hadapan.

Img 2999
Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam (tiga dari kiri) menyaksikan penyampaikan cenderahati Pengerusi Yayasan DMDI, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (kiri) kepada penceramah, Ustaz Dr. Das’ad Latif (dua dari kiri) pada Program Hang Tuah Jaya Berselawat di perkarangan Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, Melaka. Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil. Foto: MR. AZLI

“Mengambil contoh Himpunan Sejuta Pembela Palestin dan Program Hang Tuah Jaya Berselawat yang dianjurkan malam ini (tadi), ia membawa pelbagai suntikan dan kesedaran kepada masyarakat malah hasrat Kerajaan Negeri merencana untuk menganjurkan Minggu Islamik sebagai pembukaan pada tahun hadapan adalah satu hasrat yang baik dan kita akan akan cuba bersama-sama untuk mainkan peranan dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri program Hang Tuah Jaya Berselawat diadakan Masjid Al Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini malam tadi.

Terdahulu, program diadakan sejak jam 6.30 petang itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama lebih 1,000 umat Islam memeriahkan sambutan menyemarakkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; serta tetamu lain.

Meskipun cuaca hujan sejak petang sehingga kira-kira 8.30 malam tadi namun ia tidak menghalang umat Islam hadir memeriahkan acara penuh kesyukuran itu yang dimulakan dengan alunan zikir dan munajat dipimpin oleh pendakwah Sheikh Abdul Karim Al-Makki.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1014
Kongsi :
Previous post Kutipan RM16,529 Tabung Kemanusiaan Palestin selamat disalurkan
Next post Hantar bantuan guna payung terjun “jalan terakhir” – PBB
Ubah saiz-+=