TLDM tahan empat pendatang asing di perairan Johor Selatan
Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM Lumut, kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 malam bersama seorang lelaki dipercayai tekong warga tempatan.
“Aset TLDM bot tempur laju FCB 1124 dan bot pemintas Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Lepau yang dalam penugasan Op Benteng Laut di bawah perintah kawalan KD Handalan di lapangan telah mengesan keberadaan sebuah bot yang sedang bergerak dari Pasir Gudang menuju ke arah Selat Singapura.
“FCB 1124 dan RHIB Lepau lantas mengambil tindakan pantas memintas bot itu dan kemudian berjaya menahan di kedudukan kira-kira satu batu nautika selatan Tanjung Pengelih,” menurut kenyataan itu.
Kesemua pendatang tanpa izin dan tekong itu dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang serta diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Tanjung Sedili, Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun...
GAHARU, NANAS MD2 ‘PERMATA’ KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kilang Gaharu dan Ladang Nanas MD2 menjadi antara dua produk agropelancongan yang berpotensi diperluaskan seterusnya...
W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
KUALA LINGGI 17 Januari - Hampir satu tan sisa berjaya dibersihkan di Pekan Kuala Sungai Baru, di sini, menerusi Program...
DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN
TELOK MAS 17 Januari - Dua nelayan dipercayai hilang selepas keluar memukat di perairan Pulau Undan sejak Rabu lalu. Pengarah...
W.R.U.R ‘TERANGI’ LAMPU JALAN DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Sebanyak 123 lampu jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang rosak telah...
175 MASYARAKAT TIONGHOA TERIMA ANGPAU
KUALA LINGGI 17 Januari - Seramai 175 orang masyarakat Tionghoa dari Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan perayaan bersempena Tahun Baharu...