Sorting by

×

Tingkat sumber perikanan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

JASIN 1 Oktober – Beberapa usaha giat dilakukan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam meningkatkan sumber perikanan di Melaka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, langkah itu dilakukan bagi meletakkan Melaka sebaris dengan negeri lain yang menjadi penyumbang terbesar kepada hasil perikanan dalam negara.

Beliau berkata, buat masa ini, tahap sara diri (SSL) sumber perikanan Melaka hanya 22 peratus sahaja berbanding negeri lain

“Pada ketika ini (sumber perikanan) Melaka adalah yang terendah dalam negara dengan hanya 22 peratus sahaja, jadi kita dalam usaha mempertingkatkan lagi sumber.

“Selain Sungai Chohong, beberapa sungai dikenal pasti adalah Sungai Rambai yang dilihat sesuai untuk pembiakan udang galah dan tahun lalu 100,000 benih sudah dilepaskan begitu juga di Sungai Paya Lebar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jabatan Perikanan Negeri Melaka Bersama Nelayan dan Penduduk Kampung Chohong, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Mohd Sufian Sulaiman dan Pengarah Perikanan Melaka Mohd Fauzi Salehon.

IMG_20221001_161933_207
JASIN 1 Oktober – Pelepasan benih ikan di Sungai Chohong sempena Program Jabatan Perikanan Melaka Bersama Nelayan dan Penduduk Kampung Chohong, Jasin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut beliau, dalam merealisasikan usaha itu sejumlah 271,250 benih ikan baung dan lampam sungai sudah dilepas ke Sungai Chohong sejak 2016.

“Pada hari ini, tambahan 30,000 ekor benih lagi kita lepaskan di perairan umum agar dapat membantu penambahan stok ikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3372
Kongsi :
Previous post Tuah pertama kali sertai pertandingan memancing
Next post KKM akan tambah baik insentif kesihatan kepada penderma darah – Khairy
Ubah saiz-+=