
Tinggal kasut di kaki lima sebelum ditemui terlungkup atas jalan
DUYONG 20 Julai – Seorang pelajar Tingkatan 1 sebuah sekolah menengah di Durian Daun, di sini, ditemui mati dalam keadaan terlungkup di atas jalan sekolah berkenaan, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa ditemui tukang kebun sekolah dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan mendapati pelajar Orang Asli berusia 13 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat 2 sekolah berkenaan memandangkan kasutnya ditinggalkan di kaki lima berhampiran kelasnya.
Katanya, ketika ditemui, mangsa hanya berstoking dan berpakaian sukan dalam keadaan terbaring.
“Bagaimanapun, tiada saksi bebas yang melihat mangsa terjun atau terjatuh daripada bangunan tersebut.
“Pihak polis juga tidak menemui sebarang kesan perbuatan jenayah di kawasan berhampiran,” katanya.
Beliau berkata, motif kejadian itu masih disiasat dan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...