
Tindakan tegas individu tidak patuh SOP di bazar Ramadan
PUTRAJAYA 14 April – Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi sepenuhnya.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan
MKN menerima beberapa aduan orang ramai mengenai ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan di beberapa lokasi di Malaysia.
Menurutnya, perkara itu perlu dipandang serius kerana penularan wabak COVID-19 masihberada di tahap membimbangkan.
“Orang ramai juga diminta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa
tempatan dalam membantu negara melandaikan lengkuk penularan
wabak COVID-19.
“Berkuat kuasa hari ini, KKM telah menurunkan kuasa mengkompaun kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan Pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Gred 19 ke atas untuk mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta
342.
“Ini termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP di bazar-bazar Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.