
TINDAKAN SEGERA BAIKI LUBANG BENAM – JKR MELAKA
BANDA HILIR 2 Oktober – Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka akan mengambil tindakan segera membaiki lubang benam yang berlaku di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka Raya, di sini.
Pengarah JKR Melaka, Ir. Mohamad Salzeli Mokhtar berkata, lubang benam sedalam 1.7 meter dengan panjang 3.5 meter itu berpunca daripada pembetung kekotak yang pecah.
“Kejadian dipercayai berlaku apabila kegagalan culvert di tapak yang didakwa berpunca daripada muatan yang lebih melalui jalan itu.
“Siasatan dan pemeriksaan di tempat berlakunya lubang benam sudah dibuat, justeru itu di pihak JKR kita akan mengambil tindakan segera dengan melakukan pembaikan jalan bagi tempoh jangka pendek dan panjang,” katanya.
Menurutnya, JKR Melaka akan membuat permohonan peruntukan segera kepada ibu pejabat supaya kerja pembinaan kekal dapat dilaksanakan.
“Untuk waktu ini JKR akan membuat laluan kontra di laluan bersebelahan selain akan mengehadkan kenderaan bermuatan sehingga 10 tan sahaja melalui jalan itu.
“Tindakan ini dibuat bagi mengelak perkara lebih serius atau kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial berkaitan kejadian lubang benam yang berlaku di Jalan Syed Abdul Aziz.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...