Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air positif COVID-19
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad mengesahkan beliau positif COVID-19 selepas ujian kedua dilakukan Rabu lepas, dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Ahmad Masrizal berkata beliau tidak mempunyai sebarang gejala dan ujian pertama yang dilakukan pada 23 Sept lepas di Kota Kinabalu ketika kempen pilihan raya negeri Sabah menunjukkan keputusan negatif.
“Bagaimanapun selepas keputusan kedua yang mendapati positif, saya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis dan kini, alhamdulillah saya sihat.
“Sejak ujian pertama dilakukan, saya tiada sebarang tanda-tanda demam dan batuk. Cuma sebelum masuk pejabat Isnin lalu, saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk buat ujian swap sekali lagi dan mendapati keputusannya positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin parti politik turut disahkan positif COVID-19Â antaranya Ketua Penerangan UMNOÂ Shahril Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNOÂ Datuk Razlan Muhammad Rafii.
Tambahnya, ketika menunggu keputusan ujian pertama dan kedua, dia telah menjalani kuarantin bersendirian di rumah.
“Saya mengharapkan agar kita semua tidak mengambil mudah ancaman COVID-19  ini. Jika ada peluang untuk buat ujian kedua atau ketiga pergilah,” katanya.
– BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...