Sorting by

×

Tiket perlawanan MUFC, Penang FC terjual 10 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PENJUALAN tiket perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) dan Penang FC di Stadium Hang Jebat malam esok masih ‘hambar’ apabila hanya terjual kira-kira 10 peratus sahaja setakat jam 8 malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC Datuk Saiful Mat Sapri berkata, jumlah yang terjual adalah sekitar 300 daripada keseluruhan peruntukan 3,000 tiket yang dijual secara dalam talian menerusi Tickethotline.com.my yang mula dibuka jualannya sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau optimis sasaran sekurang-kurangnya 70 peratus tiket itu dapat dijual sehingga jam 7 petang esok.

“Kita berharap dan menyeru semua penyokong Melaka United untuk datang ke stadium dan menyaksikan perlawanan pertama dengan kehadiran penonton selepas lebih setahun aksi liga beraksi tanpa kehadiran peminat bola sepak.

“Sokongan padu penyokong selaku ‘pemain ke-12’ amatlah ditagih untuk memberi semangat kepada pemain mengutip tiga mata penting dalam aksi di laman sendiri,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Untuk rekod, seramai 4,500 penyokong dibenarkan hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak membabitkan MUFC di Stadium Hang Jebat bermula dengan aksi menentang Penang FC malam esok.

Daripada jumlah itu, 3,000 tiket bagi tempat duduk terbuka akan dijual secara dalam talian dengan harga RM15 (sama seperti musim lalu), manakala baki 1,500 lagi kuota tempat duduk berbumbung diperuntukkan kepada pemegang pas bermusim 2020.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1133
Kongsi :
Previous post Malaysia-Vietnam akan meterai MoU berkaitan keselamatan perairan, tahun ini
Next post MUFC bakal diambil alih pemilik baharu
Ubah saiz-+=