
Tiket percuma ke Melaka Wonderland buat ‘frontliners’
AYER KEROH 12 Julai – Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan ketika menjalankan tugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), petugas barisan hadapan diberi pas masuk percuma ke Melaka Wonderland Theme Park and Resort.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seow Cheng Swee, taman tema berkenaan memberikan penghargaan kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera dan tidak terkecuali petugas media yang bertungkus-lumus membantu negara menangani pandemik Covid-19.
Katanya, petugas hadapan yang ingin masuk secara percuma dikehendaki menunjukkan pas pekerja di kaunter resort tersebut sebagai bukti.
“Tiket percuma itu diberikan bagi setiap lawatan bermula 17 Julai hingga 19 Julai ini.
“Ia percuma kepada petugas barisan hadapan yang berada di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu kepada yang bertugas di negeri ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau turut mengingatkan orang ramai yang berkunjung ke taman tema itu supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Meskipun tiket masuk pada pembukaan semula telah habis dijual, namun petugas barisan hadapan masih diberi peluang untuk mengunjungi taman teman berkenaan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...