TIKET PERCUMA: 1,000 BOLEH MASUK ZOO MELAKA SETIAP HARI

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 29 Ogos – Zoo Melaka membuka kuota 1,000 pengunjung setiap hari bagi penebusan tiket percuma sehingga 31 Disember ini.

Tiket percuma itu merupakan ‘hadiah’ yang diberikan Kerajaan Negeri kepada rakyat Melaka dengan kad pengenalan ’04’ dan ’30’ serta pemastautin sempena sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bermula 24 Ogos lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, berbanding kuota 700 pengunjung yang ditetapkan sebelum ini, ia telah ditingkatkan susulan sambutan hebat yang diterima.

Katanya, setakat 28 Ogos, Zoo Melaka telah menerima kehadiran seramai 2,168 pengunjung telah menebus tiket percuma ke taman haiwan tersebut.

“Sejak tawaran ini dibuka kita menyediakan kaunter ekspres untuk memudahkan rakyat Melaka atau pemegang kad pengenalan (Mykad) ’04’ dan ’30’ masuk ke Zoo Melaka.

“Bagi pemastautin di negeri ini perlu membawa bukti seperti bil api dan air untuk disemak di kaunter sebelum masuk dalam.

“Jadi orang Melaka (yang mahu menebus tiket percuma) tidak perlu bersesak di hadapan pintu masuk Zoo Melaka, cuma kita minta semua pengunjung supaya sentiasa menjaga kebersihan dan tidak merosakkan harta benda awam di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memaklumkan tawaran itu bukanlah diberikan selama sehari, sebaliknya ia boleh ditebus bermula 24 Ogos sehingga 31 Disember.

Kali ini, rakyat Melaka tidak perlu beratur untuk membeli tiket sebaliknya hanya menebus melalui hujung jari dengan syarat melanggan aplikasi Telegram ‘MyMelaka News’ dan mengimbas kod QR yang diberikan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3209
Kongsi :
Previous post PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA CIPTA REKOD BAHARU
Next post KERAJAAN LULUS RM100 JUTA PERUNTUKAN TAMBAHAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN
Ubah saiz-+=