
Tiger Woods cedera selepas terbabit nahas jalan raya
WASHINGTON 24 Feb. – Legenda golf Amerika Syarikat (AS) Tiger Woods mengalami kecederaan parah pada kaki selepas terbabit dalam nahas jalan raya di California Selatan, lapor Agensi Berita Sputnik.
“Namun, keadaan beliau dilaporkan stabil,” kata Ketua Balai Bomba Daerah Los Angeles, Daryl Osby dalam sidang media pada Selasa.
Osby berkata kecederaan yang dialami Woods, 45, tidak mengancam nyawa.
Sementara itu, Syerif County Los Angeles, Alex Villanueva berkata kereta yang dipandu Woods dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali.
Woods, pernah memenangi lima Kejohanan Masters, kemenangan terakhirnya pada 2019, dan empat Kejuaraan PGA. Beliau juga pernah menjuarai tiga kali Terbuka AS.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

