Tiga warga asing ditahan bantu siasatan video tular gaduh di asrama pekerja
BATU PAHAT 8 Julai – Polis menahan tiga lelaki warga asing semalam, bagi membantu siasatan mengenai sebuah video tular kejadian pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superintendan Muhamad Izzudin Runggai berkata, dua warga Bangladesh dan seorang warga Sri Lanka berumur antara 23 dan 33 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai video itu semalam.
“Mangsa adalah seorang lelaki warga Sri Lanka dan merupakan pekerja kilang itu. Dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Semalam, tular di media sosial rakaman video pergaduhan sekumpulan pekerja warga asing di sebuah asrama pekerja di Sri Gading.
Tangkap layar rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki warga asing dipercayai bergaduh dalam kejadian di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, Batu Pahat, Johor hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...