
Tiga wanita antara 20 sertai Askar Wataniah
TABOH NANING 6 September – Seramai 20 anak jati Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning termasuk tiga wanita, menyahut seruan mempertahankan negara dengan menyertai pasukan Askar Wataniah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, pemilihan belia berkenaan adalah hasil Program Taklimat dan Pengambilan Askar Wataniah Tahun 2022/2023 diadakan Pejabat Japerun, di sini, semalam.
Katanya, program itu dianggap banyak memberikan manfaat dalam melahirkan belia berdisiplin dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara jika tercetus sebarang konflik.

“Sepanjang kursus asas nanti mereka yang terpilih akan dibentuk untuk menjadi seorang anggota tentera, apa yang saya harapkan mereka ini akan menjadi contoh kepada belia lain di DUN ini.
“Mereka akan mengikuti latihan seperti kawad kaki, merempuh halangan dan menembak sepanjang kursus diadakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Zuliflee berkata, program itu dianjurkan Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah dan MIC Taboh Naning.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...