Sorting by

×

Tiga terselamat, pokok tumbang hempap kereta dan motosikal

Masa Membaca:58 Saat

KUALA LUMPUR 27 Mei – Sebatang pokok besar berdekatan Muzium Negara yang tumbang di tepi jalan menghala pusat bandar Kuala Lumpur dari arah KL Sentral, menghempap sebuah kereta Proton Saga putih yang dinaiki dua lelaki warga asing dan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku pada jam 3.05 petang tadi ekoran hujan lebat serta angin kencang.

KERJA-kerja memotong dan membersihkan pokok tumbang. Foto ihsan pembaca.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan dibawa ke hospital untuk rawatan manakala pemandu serta penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kerja-kerja pembersihan jalan giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menghantar sepasukan anggota ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.21 petang.

Menurutnya sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi Pegawai Kanan Md Izzat Ahmad mendapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Proton Saga dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1654
Kongsi :
Previous post Langgar SOP PKP: Tajuddin beri keterangan di IPD Dang Wangi
Next post Peningkatan kluster di tempat kerja membimbangkan- Dr Noor Hisham
Ubah saiz-+=