
Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran dua rumah di Sibu
SIBU 1 Mac – Tiga sekeluarga rentung dalam satu insiden kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Bahagia Jaya di sini, malam ini.
Maklumat awal dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak menyatakan mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sima Abdullah, 18, Rashidah Suut, 81, dan seorang lagi mangsa yang belum disahkan identitinya.
Sementara itu, Ketua Bomba Zon 4 Sibu Janggan Mulling memberitahu Bernama empat lagi mangsa terselamat dalam insiden yang dilaporkan kira-kira pukul 8.12 malam itu.
Katanya, seramai 19 anggota dari dua balai bomba dan penyelamat di sini dikejarkan ke tempat kejadian sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 9.00 malam.
Setakat ini, JPBM masih menyiasat punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...