Sorting by

×

TIGA PROJEK RTB DIJANGKA ALAMI KELEWATAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SERI NEGERI 30 Disember – Tiga projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijangka mengalami kelewatan.

Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kelewatan itu dijangka melibatkan RTB Alor Gajah Fasa 1, daerah Alor Gajah;RTB Sungai Duyong dan RTB Bandar Merlimau.

Katanya, RTB Alor Gajah Fasa 1 bermula 16 Ogos 2022 dan dijadualkan siap pada 15 Oktober namun dijangka lewat hingga 17 Ogos 2025.

“Sementara itu RTB Sungai Duyong bermula pada 22 Oktober 2021 dan siap pada 22 Oktober 2024 dijangka lewat siap pada 14 Mac 2026.

“Manakala RTB Bandar Merlimau pula bermula 16 Ogos 2022 dan dijadual siap pada 8 Oktober 2024 namun dijadual siap pada 20 Februari 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Dr. Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata sebanyak tiga lagi projek membabitkan dua RTB dan satu Kolam Tebatan Banjir yang dijangka siap mengikut jadual.

“Untuk RTB yang siap mengikut jadual adalah RTB Bandar Jasin yang dijadual bermula pada 30 Ogos 2022 dan siap pada 26 Ogos 2025.

“Kedua membabitkan Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong-Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi-Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air yang bermula 20 September 2022 dan dijangka siap pada 20 Februari 2030.

“Ketiga membabitkan RTB Sungai Putat yang bermula pada 28 November 2023 dan dijangka siap pada 27 November 2027,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

195
Kongsi :
Previous post EMPAT CABARAN UTAMA MAIM, URUS TANAH WAKAF
Next post BAJET 2025 NEGERI MELAKA LULUS
Ubah saiz-+=