Sorting by

×

Tiga PPV Industri dibuka 10 Julai ini – Rahmad

Masa Membaca:41 Saat

BATU BERENDAM 29 Jun – Kerajaan negeri sedia membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri dalam masa terdekat bagi memudahkan pekerja industri mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini beberapa lokasi sudah diluluskan iaitu di Kilang Infineon, Kilang Texas Instrument serta Bayou Lagoon Resort.

“Saya difahamkan (PPV industri) akan dibuka pada 10 Julai ini di kawasan tersebut dan dengan adanya PPV baharu ini kita dapat menampung seramai 2,600 penerima vaksin.

“Kita memang sedang memikirkan kaedah cara bagaimana kita nak mempercepatkan vaksin ini, kita akan buka PPV industri, PPV awam, termasuk juga hospital-hospital swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses vaksinasi 63 pengamal media Melaka di PPV CTRM, hari ini yang menerima dos pertama vaksin Pfizer-​BioNTech.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

475
Kongsi :
Previous post Vaksin: Pemain industri pelancongan perlu bersabar
Next post JIM Melaka tahan 35 PATI
Ubah saiz-+=