
Tiga PPRT diserahkan di DUN Durian Tunggal
DURIAN TUNGGAL 15 Februari – Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal menarik nafas lega apabila menerima kediaman sendiri menerusi Program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Majlis penyerahan rumah berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil bersama wakil Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Alor Gajah, semalam.
Menurut Zahari, penyerahan rumah PPRT itu secara tidak langsung memberikan keselesaan kepada tiga keluarga yang memerlukan di DUN berkenaan.
“Kita menyerahkan sebanyak tiga rumah PPRT kepada penerima yang mana ia telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kerajaan Negeri.
“Penyerahan rumah pertama adalah Asmahani Marzuki di Kampung Gangsa, manakala penerima kedua dan ketiga adalah Halimah Abu Bakar serta Siti Aminah Mohamed di Kampung Belimbing Dalam.
“Tahniah kepada semua penerima rumah PPRT ini, diharap ia dapat memberi sedikit kegembiraan dan sinar kepada mereka untuk berteduh dalam rumah yang lebih selesa,” katanya.
Hadir sama, Pengarah Giat Mara Melaka, Ts Kamarulzaman Ali; Ketua Penolong Pegawai Daerah Alor Gajah, Mohd Hafidz Mohd Dain dan Penghulu DUN Durian Tunggal, Baharudin Ab Rashid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...