
Tiga polis direman tujuh hari bantu siasatan dakwaan terima rasuah
MELAKA, 5 Sept – Tiga anggota polis direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima rasuah daripada seorang individu untuk melepaskan beberapa individu lain disyaki memiliki dadah jenis syabu.
SPRM dalam kenyataan berkata Majistret Khairunnisak Hasni membenarkan permohonan reman terhadap tiga anggota berkenaan yang berpangkat Koperal dan Lans Koperal.
“Kesemua suspek ditahan 7 malam semalam di Pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati suspek meminta wang rasuah daripada seorang individu berjumlah RM800 yang kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah balai tempat mereka bertugas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...
DEWAN BELIA MELAKA, PENTAS BENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN
SERI NEGERI 18 April - Penubuhan Dewan Belia Negeri Melaka adalah langkah strategik yang penuh harapan dan mencerminkan kesungguhan Kerajaan...
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...