Tiga peratus lagi dibenarkan rentas negeri – KJ
KUALA LUMPUR 3 Okt – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberitahu hanya tiga peratus lagi diperlukan bagi membolehkan perjalanan rentas negeri dibuka semula, memetik portal Berita Harian sebentar tadi.
Perkara itu disahkan Khairy di laman Twitternya yang turut menyeru semua pihak bekerjasama bagi memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya.
“Selain SOP sedia ada (pelitup muka, penjarakan fizikal dan kebersihan kendiri) ini adalah pendekatan paling penting untuk kita ‘hidup bersama COVID-19’.
“Tinggal tiga peratus lagi individu dewasa perlu divaksin lengkap sebelum sempadan negeri dibuka. Keadaan akan bertambah buruk jika kita leka,” katanya hari ini.
Beliau turut berkongsi infografik Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai langkah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang itu positif COVID-19.
Ia adalah mengasingkan diri di rumah, melaporkan keputusan positif di aplikasi MySejahtera dan laporkan kesihatan kendiri selama 14 hari menggunakan peralatan penilaian di rumah (HAT).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...