
TIGA PEKERJA KONTRAKTOR MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa dikenali sebagai Gimbal, 25, Salleh, 34, dan Wong, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan.
“Bomba menerima panggilan pukul 10.46 pagi dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pukul 10.48 pagi. Laporan mengatakan empat pekerja melakukan kerja di lokasi berkenaan namun seorang mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.
Pekerja lelaki yang terselamat itu dikenali sebagai Dani berusia 20an.
Kenyataan itu memaklumkan pasukan bomba bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 12.03 tengah hari,” katanya sambil menambah pegawai daripada Sabah Electricity Sdn Bhd dan Kementerian Kesihatan serta anggota polis turut serta dalam operasi itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...