TIGA NELAYAN MANGSA BOT HANYUT DISERAH KEPADA INDONESIA
Beliau berkata penyerahan tiga nelayan berkenaan yang berasal dari Tanjung Balai, Indonesia itu dilakukan selepas vesel mereka rosak dan hanyut ke perairan Malaysia pada Jumaat.
“Dalam kejadian berkenaan, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak telah menerima maklumat daripada pengadu iaitu seorang nelayan tempatan yang menjumpai vesel itu di Perairan Pulau Sembilan. Pihak Maritim telah mengatur gerak aset bot ronda ke lokasi … ,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Shukri berkata urusan penghantaran pulang bakal dilaksanakan pihak Indonesia dan wakil konsulat bersetuju menerima nelayan berkenaan setelah sesi pengesahan dan proses dokumentasi selesai.
Beliau berkata penyerahan itu mencerminkan hubungan baik terjalin antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan perairan kedua-dua negara terjamin.
Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.