Sorting by

×

TIGA NEGERI KOMITED JAYAKAN KORIDOR EKONOMI ANJUNG SELATAN

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

BANDA HILIR 28 Oktober – Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sepakat serta menyatakan komitmen untuk menjayakan inisiatif Koridor Ekonomi Anjung Selatan dilihat bakal menjadi pemangkin kepada pertubuhan ekonomi di kawasan sempadan ketiga-tiga negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, hasil sesi perbincangan beliau bersama Menteri Besar Johor dan Negeri Sembilan pada 11 September lalu, kesemua pemimpin pada dasarnya menyambut baik cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.

Mengulas lanjut Ketua Menteri berkata, antara projek-projek yang akan menjadi keutamaan menerusi koridor tersebut adalah projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Jelapang Padi Selatan dan Pembangunan zon ekonomi seperti Maharani Gateway, Straits Melaka Water Front Economic Zone serta Smart Artificial Intelligence (AI) Container Port di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Memandangkan Melaka tidak berada dalam mana-mana koridor ekonomi telah diwujudkan di Malaysia, maka besar harapan saya agar usaha ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Ekonomi. Inisiatif ini dilihat akan menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara kearah yang lebih dinamik.

“Melaka akan terus komited menyokong usaha Kerajaan Persekutuan dalam agenda pembangunan negara khususnya bagi Negeri Melaka,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) bersama Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Negeri Melaka di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama pada sesi itu adalah Ketua Menteri Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Menteri Ekonomi Rafizi Ramli;  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, barisan Exco serta timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, menaruh harapan tinggi agar semua pihak berkenaan menggunakan peluang dan platform Sesi Libat Urus RMKe-13 untuk membincangkan dengan lebih dekat mengenai isu dan cabaran projek-projek, cadangan baharu berpotensi serta berimpak tinggi.

“Saya mahu perbincangan ini lebih terbuka dan bersifat holistik serta tidak menjurus kepada keperluan suatu lokaliti sahaja. Keperluan dan kesejahteraan rakyat perlu dijadikan teras utama agar manfaat dan impaknya dapat dinikmati bersama pada keseluruhannya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

176
Kongsi :
Previous post 8 BIDANG, RENCANA STRATEGIK PEMBANGUNAN MELAKA
Next post DEFINISI T15 AKAN DIMUKTAMAD DALAM TEMPOH SEBULAN
Ubah saiz-+=