
Tiga medan selera MBMB ‘berwajah baharu’
BANDARAYA MELAKA 1 Mac. – Sebanyak RM349,000 diperuntukkan bagi menaik taraf tiga medan selera milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, ia melibatkan kerja-kerja penambahan sengkuap dan tingkap kecil, mengecat semula bangunan dan lain-lain.

“Kali ini tiga medan selera yang dinaik taraf iaitu Medan Selera Tun Ali, Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan dan Medan Selera Taman Cempaka, Peringgit.
“Selain memenuhi kriteria gerai bersih dengan persekitaran yang kondusif, MBMB harap dengan penambahbaikan yang telah dibuat dapat membantu peniaga menjana lebih pendapatan isi rumah,” katanya.

Zainal berkata, peniaga juga diingatkan sentiasa menjaga infrastruktur dan fasiliti yang disediakan MBMB supaya dapat dimanfaatkan bersama dalam jangka masa panjang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.