
Tiga lelaki ditahan miliki senjata berbahaya, peralatan polis
IPOH 22 Jun – Polis menahan tiga lelaki kerana memiliki senjata berbahaya dan peralatan polis secara tidak sah dipercayai digunakan untuk kegiatan samun di Sungai Senam di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang dalam keadaan mencurigakan selepas menerima maklumat orang awam kira-kira 6.10 pagi.
Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga lelaki dan kenderaan itu menemukan senjata berbahaya dan peralatan polis yang dimiliki secara tidak sah.
“Dengan tertangkapnya kumpulan ini, pihak polis percaya telah menyelesaikan beberapa kes samun dan menyamar sebagai pegawai polis di daerah Ipoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Abang Zainal Abidin berkata semakan rekod lampau pula mendapati kesemua lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 37 tahun itu akan ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 89(a) Akta Polis 1967.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...