
Tiga lelaki ditahan curi kabel di Padan Indah
KUALA LUMPUR, 24 September – Polis menahan tiga lelaki tempatan disyaki mencuri kabel tembaga bernilai RM20,000 di sebuah pusat komersial di Pandan Indah, Ampang minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki pertama ditahan di Batu 6 Jalan Gombak, kira-kira jam 10.30 pagi semalam manakala dua lagi rakannya ditahan di Jalan Air Jerneh Setapak pada hari sama.
“Semakan mendapati suspek pertama memiliki tujuh rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah selain positif dadah jenis syabu, manakala dua lagi tiada rekod jenayah dan negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata pihaknya turut merampas pakaian dan sebuah lori yang diguna semasa kejadian dipercayai dilakukan 16 Sept lepas, selain turut menemui satu salinan resit bayaran penjualan kabel.
Menurutnya modus operandi individu berkenaan adalah dengan menyasarkan gelung kabel yang diletakkan di tangga rumah kedai.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan kesemua lelaki berusia berusia di antara 24 tahun hingga 34 tahun itu direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...