
Tiga kanak-kanak antara lima yang sesat di Bukit Beruang Hill
AYER KEROH 29 Jan – Tiga kanak-kanak antara lima individu dilaporkan sesat di Bukit Beruang Hill, di sini, hari ini.
Kesemua mereka yang dipercayai sekeluarga bagaimanapun berjaya diselamatkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh.
Menurut Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Mohd Sany Sahari, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.57 pagi dan tiba ke lokasi lima minit kemudian.
Katanya, operasi menyelamat berjalan selama kira-kira 30 minit dengan kekuatan 10 anggota.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati benar terdapat lima mangsa tersesat iaitu sebuah keluarga terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, dua kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
“Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat di pencawang Telekom Malaysia sebelum menjumpai kelima-lima mangsa dalam keadaan selamat.
“Mereka kemudiannya dibawa turun oleh pasikan bomba dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 11.49 pagi dan jentera bersama anggota bertolak pulang ke balai.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...