Tiga hari terapung di laut, lima nelayan Indonesia diselamatkan TLDM
LUMUT 29 Jun – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membantu menyelamatkan lima nelayan warga Indonesia yang terapung hampir tiga hari di laut akibat bot karam, di stesen luar pantai TLDM, Stesen Jarak kira-kira 35 batu nautika barat daya Pulau Pangkor, petang semalam.
Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua nelayan itu kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Pangkor sebelum dibawa kepada pihak kedutaan Indonesia untuk dokumentasi selanjutnya.
“Kelima-lima awak-awak nelayan tersebut dipercayai telah terapung di laut selama tiga hari sebelum diselamatkan oleh bot nelayan tempatan dan kemudian dipindahkan ke Stesen Jarak.
“Mangsa yang dalam keadaan lemah seterusnya diberi bantuan makanan dan minuman di Stesen Jarak sebelum dipindahkan ke Kapal Diraja (KD) Mahamiru yang sedang melaksanakan Operasi Benteng Laut dan Operasi Patrol Koordinasi Malaysia-Indonesia (OP Patkor Malindo),” menurut kenyataan itu hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...