Sorting by

×

TIGA FOKUS UTAMA BAJET 2025 NEGERI MELAKA

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 25 Disember – Kerajaan Negeri akan memfokuskan kepada tiga agenda utama pada Bajet 2025 Negeri Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, antara yang akan diberikan fokus adalah Mengukuh Kepelbagaian Ekonomi, Peduli Tentang Keperluan Masyarakat dan Memperkasa Perkhidmatan Sektor Awam.

“Petang ini (semalam) sekali lagi saya mengetuai perbincangan akhir Deraf Bajet 2025 Negeri Melaka di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, Pejabat Ketua Menteri Melaka.

“Nantikan pelbagai berita gembira serta inisiatif yang akan saya sampaikan sempena Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ke-13, Jumaat ini,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Pembentangan itu disampaikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh dengan turut dihadiri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad dan Penasihat Khas YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Zainal Abu.

Yang turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Md Azhan Samat @ Limat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Maslina Baki, Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Mohd Harith Rahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP) Prof Madya Dr. Mohd Ainuddin Iskandar Lee.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

190
Kongsi :
Previous post MASYARAKAT DI HATI MPAG
Next post SURI RUMAH RUGI RM147, 753 TERPEDAYA KERJA DALAM TALIAN
Ubah saiz-+=