
Tiga ditahan terbabit judi bola sepak
IPOH, 28 Nov – Polis Perak menahan tiga lelaki di dua daerah di negeri ini dipercayai terbabit dengan kegiatan judi bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op Soga IX, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan di daerah Ipoh dan Hilir Perak.
Beliau berkata menerusi serbuan itu, pihaknya merampas dua telefon bimbit yang dijadikan sebagai alat peranti untuk mencatit pertaruhan serta turut merampas wang tunai RM900.
“Aktiviti pertaruhan Op Soga dikesan menggunakan aplikasi dikenali sebagai JOL yang membolehkan pelanggan membuat pertaruhan di alam maya.
“Suspek hanya perlu menambah nilai di aplikasi berkenaan dengan membeli tambah nilai kredit telefon pintar secara terus di premis yang menyediakan tambah nilai tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini
Mohd Yusri berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan tindakan berterusan sedang dijalankan untuk memerangi aktiviti tersebut secara menyeluruh. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...