
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
KLUANG, 5 Mei – Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul di Taman Lian Seng di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada orang awam pada 9.30 malam hari yang sama.
“Kesemua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di Jalan Ladang Nenas Simpang Renggam di sini dan sekitar kawasan Iskandar Puteri pada 1.15 pagi, semalam.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipukul menggunakan senjata tumpul seperti besi dan alatan bengkel motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang mengalami luka seluruh badan termasuk retak pada dagu sedang dirawat di sebuah hospital.
“Seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala kesemuanya negatif terhadap dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya dan menambah pihaknya sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai turut terbabit kejadian itu.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video memaparkan kejadian berkenaan membabitkan beberapa individu yang dilihat memukul seorang lelaki.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....