
Tiga dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di Ampang
AMPANG 10 Mac – Sekurang-kurangnya empat individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai petang tadi.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.52 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, berdasarkan laporan awal sebanyak 15 rumah kediaman dan 10 kenderaan terjejas akibat tanah runtuh.
“Dua daripada kediaman itu tertimbus. Hasil maklumat awam, terdapat empat mangsa dilaporkan masih tertimbus dan seorang daripada mereka ditemui dengan selamat.
“Usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan,” katanya memetik laporan Kosmo!.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...