
Tiga beradik rentung dalam kebakaran di Lawas
LIMBANG 26 Feb – Tiga kanak-kanak lelaki ditemukan rentung manakala enam ahli keluarga mereka selamat dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Seberang Kedai, Lawas di sini malam tadi.
Ketiga-tiga beradik itu adalah Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4, Mohd Hezmi Huzaili,7, dan Mohd Hezry Huzaimi, 8.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11 malam, susulan itu tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lawas digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari balai bomba tersebut.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat berstruktur separuh kekal yang telah musnah 100 peratus,” katanya.
Menurut jurucakap itu, ahli keluarga yang terselamat adalah bapa dan ibu kanak-kanak itu iaitu Azrie Latip, 45, dan Dayangku Hadianawati, 38, serta dua adik-beradik, Ariesya Aryana,14, dan Muhd Hezrie,12.
Turut terselamat ialah datuk mereka, Awangku Jeman Pengiran Abd Hamid, 72, dan nenek, Aminah Matusop, 73.
Katanya operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 12.45 malam dan mayat kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEKERJA KILANG RUGI LEBIH RM480,000 TERPERDAYA PELABURAN DALAM TALIAN
MUAR 29 Julai - Seorang pekerja kilang perabot kerugian RM488,740 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian. Ketua...
475 GRADUAN BAKAL DIRAI DALAM KONVOKESYEN POLITEKNIK MELAKA KE-22
BANDARAYA MELAKA 29 Julai - Seramai 475 graduan bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka ke-22 yang akan diadakan di...
TAMAN LAUT IKON PEMULIHARAAN BIODIVERSITI MARIN, DESTINASI PELANCONGAN LESTARI
AYER KEROH 29 Julai - Jabatan Perikanan Negeri Melaka menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh pengurusan dan kemudahan di Taman Laut...
ATLET MELAKA CEMERLANG DI KEJOHANAN MUAY THAI KEBANGSAAN 2025
AYER KEROH 29 Julai - Penyertaan pada Kejohanan Muaythai Sukan Tempur Kebangsaan Pra-Sukan Malaysia (SUKMA) dan Kejohanan Muay Thai Grand...
TAMAN KEBAYA BAKAL TERIMA GELANGGANG FUTSAL BAHARU
REMBIA 29 Julai - Penduduk Taman Kebaya, Paya Datok, di sini, bakal menerima kemudahan riadah baharu iaitu sebuah gelanggang futsal...
BERAS MELAKA FASA KEDUA DIJANGKA DIPASARKAN BERMULA OGOS
AYER KEROH 29 Julai - Sebanyak 20,000 kampit Beras Melaka dijangka akan berada di pasaran hasil daripada tuaian varieti benih...