Sorting by

×

Tiga beradik peroleh 8A UPKK

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MASJID TANAH 23 Feb – “Syukur Alhamdulillah memang tak jangka bila seorang demi seorang anak menerima SMS memaklumkan memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK),” kata Mohd Fadhli Ikram Mohd Shaari, 39.

Dia sebak dan bersyukur apabila kesemua anaknya termasuk pasangan kembar menerima keputusan 8A dalam peperiksaan itu Nov lalu.

Katanya, tarikh peperiksaan bagi 2020 dan 2021 yang digadungkan menyebabkan tiga puteranya iaitu Muhammad Arif Irfan ketika itu berada di tahun enam dan kembar tahun berada di tahun lima iaitu Muhammad Afifi Irham dan Muhammad Adif Irham menduduki peperiksaan serentak.

“Ketiga-tiga anak bersekolah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ramuan China Besar, memang tak sangka sebab mereka kali ini berdepan pelbagai cabaran ekoran pandemik COVID-19.

“Pandemik melanda diakui mengganggu tumpuan anak-anak ada masa mereka di sekolah jika kes tinggi kena mengikuti perlaksanaan Pengajaran Pembelajaran Di Rumah (PdPR), tapi Alhamdulillah akhirnya membuahkan hasil” katanya.

DARI kanan merupakan anak sulung, Muhamad Arif Irfan bergambar bersama dua adik kembarnya, Muhammad Adif Imran dan Muhammad Afif Irham sambil menunjukkan keputusan cemerlang dalam UPKK tahun lalu.

Mohd Fadhli berkata, gajet yang menjadi keperluan dalam kehidupan norma baharu digunakan anak-anaknya sebagai medium mengulangkaji pelajaran.

Menurutnya, tiga beradik berkenaan hanya dibenarkan bermain atau menggunakan gajet berkenaan hingga jam 10 malam sahaja dan sebahagian besar masa dihabiskan adalah untuk mengulangkaji pelajaran serta mengikuti PdPR.

“Malah saya juga memasukkan anak saya ke PdPR sekolah yang lain bagi memastikan mereka tidak keciciran berikutan kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Isteri Masliana Md Najib, 37, memantau anak-anak Sepanjang mereka di rumah menjalani PdPR bagi memastikan kelancaran dalam pembelajaran mereka, ” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1857
Kongsi :
Previous post 615,671 kanak-kanak sudah terima dos pertama COVID-19  
Next post Menggigil ‘dihenjut’ pari 10kg Kelong Umbai
Ubah saiz-+=