Sorting by

×

Tiga babi hutan ditembak

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PANTAI KUNDOR 22 Jun – Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka menembak tiga babi hutan di Kampung Bukit Darat dan Kampung Kelongkong, Tanjung Kling di sini.

Pengarahnya, Mohd Firdhaus Mahmood berkata, berdasarkan aduan penduduk, Renjer terbabit melaksanakan operasi kawalan konflik mulai jam 2 petang kelmarin dan berakhir enam jam kemudian.

“Seekor babi hutan ditembak di Kampung Bukit Darat dan dua lagi di Kampung Kelongkong dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Sebanyak empat operasi seumpama ini sudah dilaksanakan di sekitar Tanjung Kling sejak awal bulan ini dan kita berjaya menembak 16 babi,” katanya ketika dihubungi.

Penduduk Kampung Bukit Darat, Rahiman Abu Hassan, 47, berkata penduduk mengucapkan terima kasih kepada PERHILITAN kerana prihatin terhadap aduan mereka.

“Alhamdulillah, walaupun hanya seekor babi yang berjaya ditembak, sekurang-kurangnya ia mengurangkan ancaman haiwan itu terhadap tanaman dan keselamatan kami.

“Diharapkan pegawai PERHILITAN boleh melakukan pemantauan dari semasa ke semasa kerana masih ada banyak lagi babi di kawasan semak samun berhampiran kampung ini,” katanya.

Terdahulu, Melaka Hari Ini menyiarkan aduan penduduk yang bimbang keselamatan mereka dengan ‘serangan’ kawanan babi hutan di Kampung Bukit Darat dan merayu tindakan segera diambil pihak berwajib.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1733
Kongsi :
Previous post KPMBM kumpul RM5,700 bantu penduduk di Palestin
Next post Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Ubah saiz-+=