Tidak mudah kendali YB ‘otai’ – Dira

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

SERI NEGERI 27 Julai – “Sebagai ikon generasi muda dan seorang wanita pertama yang dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, ia bukanlah kerja mudah untuk mengendalikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lebih berpengalaman dan ‘otai’.

Itu luahan Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang juga ADUN Rim selepas mengendalikan Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini, hari ini.

Beliau berkata, persidangan itu bermula Isnin lalu hingga hari ini dan sepanjang tiga hari itu sebanyak 15 soalan lisan telah berjaya dijawab.

Jelas Khaidhirah atau lebih dikenali dengan nama Dira berkata meskipun terdapat beberapa waktu ketika bersidang, situasi menjadi hangat kerana perdebatan namun katanya situasi itu adalah bukti kerajaan berdemokrasi.

“Sebagai orang baharu dalam penggal pertama dan merupakan wanita pertama yang dilantik kerana tidak pernah lagi wanita dilantik menjadi Timbalan Speaker.

“Alhamdulillah, kali ini peranan saya menerusi persidangan kali ini dipermudahkan kerana persidangan berjalan baik meskipun ada waktu dan ketika terdapat isu yang dibahas menjadikan suasana agak tegang dan panas, namun itulah perkara yang perlu diraikan dalam sistem demokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap pelaksanaan DUN Belia Melaka yang kini dalam proses pemurniaan kertas kerja akan terlaksana dalam tempoh terdekat.

Tambahnya yang mewakili orang muda berkata dengan pelaksanaan DUN Belia Melaka itu akan menjadi platform orang muda untuk meluahkan kerisauan dan berpeluang untuk bersidang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1186
Kongsi :
Previous post ‘Blackout’ di Malim Jaya, Batu Berendam pulih sepenuhnya – TNB
Next post Siasat punca guru tertekan dan murung – KM
Ubah saiz-+=