
Tidak benar Kelantan bakal kena PKP- Polis Kelantan
KOTA BHARU 14 April. – Penularan rakaman audio di media sosial kononnya negeri Kelantan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negeri Datuk Shafien Mamat.
Justeru, beliau meminta orang ramai merujuk kepada laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan dan arahan semasa dalam membendung penularan COVID-19 di negeri ini.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan atau menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan tular satu rakaman audio seorang lelaki berdurasi 3 minit 18 saat menerusi aplikasi WhatApps yang mengatakan PKP akan dilaksanakan di Kelantan bermula 14 hingga 21 April ini.
Kelmarin, kerajaan mengumumkan PKP Bersyarat (PKPB) di Kelantan, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula 15 sehingga 28 April ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAYAT REPUT DITEMUKAN DALAM TANDAS TERBIAR
JERTIH 3 Mac - Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mereput ditemukan di tandas terbiar dekat Pantai Bukit Keluang,...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR PILIHAN PENGUNJUNG TEMPATAN, PELANCONG ASING
BANDA HILIR 3 Mac - Bukan sahaja menjadi pilihan pengunjung tempatan malah Bazar Ikonik Banda Hilir, di sini, turut menjadi...
MAIM PERUNTUK RM800,000 UNTUK DUA RUMAH ANAK YATIM
PANTAI KUNDOR 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan sejumlah RM800,000 sumbangan Ramadan bagi dua rumah anak-anak yatim...
BERKELAKUAN TIDAK SENONOH: DOKTOR DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS
GEORGE TOWN 2 Mac - Seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan bagi membantu siasatan kerana berkelakuan tidak...
RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN SANTUNI 31 ANAK YATIM
PANTAI KUNDOR 2 Mac - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyantuni penghuni Rumah Anak-Anak...
POLIS MOHON BANTUAN KESAN REMAJA PEREMPUAN LARI DARI RUMAH PERLINDUNGAN
KUALA LUMPUR 2 Mac - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang dilaporkan hilang...