Tiada tempoh masa gantian dokumen bagi mangsa banjir – JPN
KUALA NERUS, 28 Disember – Tiada tempoh masa ditetapkan atau laporan polis diperlukanĀ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mangsa banjir memohon penggantian dan pembaharuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran secara percuma.
Ketua Pengarahnya,Ā Datuk Ruslin Jusoh, berkata mangsa banjirĀ tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat penggantian dan pembaharuan dokumen Ā sekiranya perlu menyelesaikan urusan peribadi yang lebih penting.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan supaya mempercepatkan proses permohonan penggantian atau pembaharuan dokumen bagi melancarkan urusan seperti pembukaan sesi persekolahan dan perbankan yang memerlukan penggunaan dokumen berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan barangan kepada kakitangan JPN Terengganu yang terjejas banjir di Taman Desa Tanjung Damai, di sini, hari ini.
Bagi membantu mangsa banjir, Ruslin berkata pihaknya akan turun ke lokasi terkesan akibat banjir termasuk kawasan pedalaman bagi membolehkan mangsa membuat permohonan tanpa perlu ke pejabat JPN berdekatan.
āSelepas siap, kita akan hantar sendiri dokumen kepada mereka dalam tempoh tiga hingga lima hari,” katanya.
Dalam pada itu, katanya,Ā sebanyakĀ 6,853 kad pengenalanĀ gantian telah dikeluarkan oleh JPN atas pelbagai sebab termasuk bencana di seluruh negara bermula 1 JanĀ hingga semalam.
“Bagaimanapun jumlah ini dijangka akan terus meningkat kerana banjir di Terengganu baru habis, begitu juga di Kelantan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.