Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir – Polis
KUALA LUMPUR, 5 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada siasatan baharu dibuat ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kali terakhir Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku berjudul My Story: Justice in the Wilderness,” menurutnya dalam kenyataan.
Terdahulu, Dr Mahathir dalam hantaran di laman sosial Facebooknya mendakwa beliau akan dipanggil untuk disoal siasat namun tidak menyatakan sebab siasatan itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH 6,000 PREMIS MAKANAN DIPERIKSA SEPANJANG 2024
BANDARAYA MELAKA 24 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) memeriksa sebanyak 6,047 premis makanan seluruh Melaka sepanjang tahun lalu....
TIKTOK CHALLENGE MELAKA DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN
AYER KEROH 24 Januari - Pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' yang dilanjutkan hingga 30 Jun depan dijangka mencapai 3,000...
MANIFESTASI TEKS SULALATUS SALATIN HIMPUN 39 KARYA ARTIS TEMPATAN
BANDA HILIR 23 Januari - Sebanyak 39 karya seni dan sastera berdasarkan Teks Sulalatus Salatin yang diterjemah ke visual dihimpunkan...
PRODUK TIADA LABEL PENGIMPORT PASAR RAYA DIKOMPAUN RM3,000
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Sebuah pasar raya di daerah Melaka Tengah dikompaun RM3,000 selepas didapati menjual makanan yang tidak...
JKNM UJI TIGA SAMPEL ANGGUR SHINE MUSCAT
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menguji tiga sampel anggur shine muscat bagi memastikan produk import...
DUA ANGGOTA BOMBA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA PADAM KEBAKARAN
KOTA KINABALU 23 Januari - Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah...