Sorting by

×

Tiada sekatan Bazar Ramadan berita baik buat peniaga

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

LENDU 13 Feb – “Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan terima kasih kerajaan kerana membenarkan peniaga bazar Ramadan beroperasi April depan.

Itu reaksi peniaga, Mohd Farhan Azwan Mohd Azlan, 33 yang gembira dengan perkhabaran diumumkan Perdan Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berhubung tiada sekatan ke atas bazar Ramadan tahun ini.

“Walaupun pandemik COVID-19 masih mengancam anggota komuniti di negara ini, bazar Ramadan tetap dibenarkan.

“Saya yakin kerajaan membenarkannya kerana hampir 100 peratus rakyat kita sudah menerima dua dos vaksin,” katanya ketika ditemui memasak di kediamannya di Kampung Solok Duku, di sini hari ini.

Dia yang sudah berniaga di Bazar Ramadan Pekan Masjid Tanah sejak 1999 berkata, sejak pandemik melanda negara, beliau sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perniagaan di bazar berkenaan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mohd Farhan berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan pada Mac 2020, beliau dan peniaga yang lain tidak berpeluang beroperasi tetapi peluang itu dibuka semula pada Ramadan tahun lalu.

Katanya, dia sebagai peniaga turut berharap pelanggan mampu memberikan kerjasama penuh dengan mematuhi SOP yang bakal diperhalusi oleh KKM kelak.

Sementara itu Abu Hassan Ahmad, 43, yang berniaga di Bazar Ramadan Sungai Udang, berkata kenyataan Perdana Menteri itu meredakan kebimbangan peniaga mengenai nasib mereka pada Ramadan kali ini.

“Alhamdulillah, kerajaan mendengar rintihan peniaga kecil
seperti saya dan peluang yang diberikan ini akan kami gunakan sebaik mungkin,” katanya.

Dia berkata, meskipun sekarang varian Omicron menyebabkan jumlah mereka yang positif COVID-19 meningkat, dia yakin ia tidak seteruk tahun lalu dan sebelumnya kerana kebanyakan anggota komuniti sudah menerima vaksin lengkap.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1031
Kongsi :
Previous post Hishammuddin, Vigneswaran berdepan kompaun KKM
Next post Hampir 170,000 kanak-kanak di Malaysia telah divaksin
Ubah saiz-+=