‘Tiada rahsia kejayaan 100 hari, saya bersifat terbuka’ – KM
SERI NEGERI 11 Mac – “Tiada rahsia kejayaan 100 hari pentadbiran saya…saya bersifat terbuka, agensi di peringkat negeri mahupun persekutuan serta pegawai-pegawai terlibat boleh sentiasa berbincang bersama saya”.
Itu sikap yang dipraktikkan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sepanjang menerajui kerajaan negeri dalam tempoh 100 hari dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka buat kali kedua sejak 21 Nov 2021.
“Begitu juga semua ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), datuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan lain-lain, saya sentiasa memastikan apa yang telah kita janjikan mesti kita laksanakan.
“Jadi sebenarnya kejayaan ini adalah kejayaan bersama semua yang terlibat untuk menjayakan janji-janji di dalam Manifesto BN yang telah di ‘akur janji’ kan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lepas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pencapaian 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Dan Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) versi 2 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan EXCO kerajaan negeri dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
W.R.U.R: KEMBARA KAK SOM DEKATI MASYARAKAT
KUALA LINGGI 10 Januari - Kembara Kak Som yang menjelajah ke segenap pelosok Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bersempena...
BAJET 2025: RAKYAT SYUKUR KERAJAAN MELAKA PEDULI NASIB GOLONGAN MEMERLUKAN
KUALA LINGGI 10 Januari - Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama...
LEMPAR TUKUL BESI KE ARAH BALAI POLIS LEPAS DENGAR ‘BISIKAN’
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Polis Melaka menahan seorang lelaki yang juga penganggur selepas melakukan khianat dengan memecahkan cermin Balai...
W.R.U.R: KONSEP TURUN PADANG BAWA IMPAK POSITIF
KUALA LINGGI 10 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) membawa impak positif kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KEBAJIKAN WARGA KUALA LINGGI TIDAK DILUPA
KUALA LINGGI 10 Januari - Seramai 137 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerima bantuan kebajikan sempena program Wakil...
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP BAHAYA DI PAHANG, JOHOR HINGGA AHAD, MELAKA TAHAP WASPADA
KUALA LUMPUR, 10 Jan - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan...