
Tiada pertambahan pelajar positif varian Omicron
AYER KEROH 28 Jan – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesahkan jumlah pelajar kluster pendidikan dikesan positif varian Omicron di Melaka kekal dua orang setakat hari ini.
Pengarahnya, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, JKN memandang serius penularan varian Omicron dan menjalankan saringan terhadap semua pelajar di keempat-empat kluster berkenaan.
“Sebelum ini kami melakukan saringan secara rawak, sampel dikumpul sebelum dihantar ke makmal untuk ujian dan keputusannya dua pelajar berkenaan disahkan positif varian Omicron,” katanya.
Semalam Melaka Hari Ini melaporkan dua pelajar daripada kluster pendidikan antara 18 yang disahkan positif varian Omicron hasil saringan dijalankan JKN.
Mengikut pecahan 12 kes varian Omicron dikesan di daerah Melaka Tengah diikuti tiga di Alor Gajah dan tiga di Jasin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
