
“Tiada perbincangan untuk mengekalkan Zainal”
MELAKA 13 Nov. – Nasib Ketua Jurulatih Melaka United Zainal Abidin Hassan dan anak buahnya dijangka diketahui dalam masa terdekat, memandangkan kontrak masing-masing tamat bulan ini.
Menurut Penasihat Undang-Undangnya Zhafri Aminurashid, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) dijangka mengadakan perbincangan berkaitan perkara itu selewatnya bulan ini, sebelum menentukan individu yang akan menyarung jersi pasukan pada Disember.
“Buat masa ini masih tiada perbincangan untuk mengekalkan Zainal atau mana-mana pemain.
“Dan mungkin dalam masa terdekat pihak persatuan akan mengadakan perbincangan dan lanjutan dari perbincangan itu akan dibuat awal Disember untuk menentukan siapa yang kekal dan digugurkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, berhubung status logo baharu Melaka United FC, Zhafri berkata, pihaknya masih menanti perkembangan baharu dari pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO).
Dalam pada itu, dibawah kendalian Zainal yang masuk menggantikan E.Elavarasan pada November 2018, menamatkan kedudukan Liga Super 2020 di tangga kesembilan musim ini dengan kutipan 11 mata dari 11 perlawanan.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...