Sorting by

×

Tiada pemotongan gaji guru JAIM – KM

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 23 Sept – Kerajaan negeri memberi jaminan tiada pemotongan gaji dilakukan terhadap guru-guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, beliau amat prihatin dan komited bagi menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam di Melaka termasuk guru-guru JAIM.

“Semalam saya sempat bertemu dengan Pengarah JAIM, saya sendiri bertanya, saya sama sekali tidak bersetuju kalau ada sebarang pemotongan gaji (guru-guru JAIM).

“Kalau naik gaji saya sokong dan pastikan tiada ada seorang pun guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ini yang dipotong gaji sementara mereka ini hari ini dalam hidup yang agak sukar akibat daripada pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dicadangkannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Terdahulu, usul berkenaan dibahaskan empat ahli dewan termasuk Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab (Amanah- Durian Tunggal) yang turut meminta penjelasan Sulaiman mengenai cadangan untuk menyeleraskan gaji-gaji guru JAIM.

Mengulas lanjut, Sulaiman (BN-Lendu) sebaliknya apa yang dibincangkan, adalah kajian yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri bagi melihat implikasi terhadap sebarang cadangan penyelarasan gaji.

“Insya-Allah kerajaan negeri berjanji akan sentiasa menjaga kebajikan guru-guru JAIM ini, ini saya pastikan,” katanya.

 

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

871
Kongsi :
Previous post Projek jeti nelayan dan bangsal baharu di Pantai Puteri masih diperhalusi, babitkan kos lebih RM7.2 juta
Next post Melaka wujud semula Invest Melaka Berhad
Ubah saiz-+=