
Tiada masalah syarikat swasta tawar khidmat Internet melalui satelit- Zahidi
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, ia dengan syarat syarikat berkenaan dapat menawarkan harga berpatutan kepada rakyat.
Beliau tidak menafikan kawasan luar bandar terutama di tempat yang berbukit-bukau akan tetap menghadapi masalah liputan walaupun menara telekomunikasi baharu dibina.

“Kerajaan memang berniat nak bagi liputan (Internet) terutama kepada kawasan-kawasan luar bandar menggunakan satelit, sebab kadang-kadang kawasan berbukit-bukau ini tak ada liputan, terlindungā¦kadang-kadang ada kawasan ladang yang serap liputan.
“Jadi ini penting, tetapi penggunaan satelit ini mahal, saya nak maklumkan kerajaan tak pernah naikkan harga (bil telekomunikasi), kecuali dia (pengguna) nak tambah dataā¦tetapi kebanyakannya dari segi kadar nak bayar bil, kita kekalkan harga supaya boleh bantu rakyat,” katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab celahan Datuk Seri WilfredĀ Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang ingin tahu sama ada kerajaan merancang menggunakan satelit bagi membekalkan liputan telekomunikasi dan Internet di kawasan pedalaman.
Berkaitan penyediaan rangkaian 5G, Zahidi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memastikan wujud kerjasama antara syarikat telekomunikasi seperti Telekom denganĀ penyedia tunggal infrastrukturĀ dan rangkaian berkenaan iaitu Digital Nasional Berhad (DNB)Ā bagi memastikan kejayaan inisiatif itu.
Sebelum ini MCMC menyatakan agensi ituĀ akan mengawal selia serta memantau DNB bagiĀ menjaminĀ semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi mempunyai aksesĀ terbuka, adil dan saksamaĀ dalam pemerolehanĀ jualan borong perkhidmatan jaringan 5G bagi pembangunan perkhidmatan runcitĀ berasaskan teknologi 5G.
Sementara itu, beliau berkata, 86 kertas siasatan dibuka MCMC berkaitan penyebaran kandungan berunsur penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja sejak 2018 hingga Ogos lalu.
“Sebanyak empat kes telah pun dihadapkan ke mahkamah. Usaha yang dijalankan MCMC ini akan diteruskan berdasarkan laporan dan aduan awam yang diterima,” katanya.