
Tiada mangsa terselamat dalam nahas helikopter Raisi: Bulan Sabit Merah Iran
TEHRAN, 20 Mei – Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) Pir-Hossein Kolivand menyatakan bahawa tiada mangsa selamat ditemukan di lokasi helikopter terhempas di barat laut Iran yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi.
“Tiada kesan mangsa terselamat dilihat selepas penemuan lokasi helikopter yang terhempas,” kata Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik Kolivand pada awal Isnin dalam temu bual dengan agensi berita Tasnim.
Kolivand mendedahkan pada awal pada hari itu bahawa lokasi kemalangan yang melibatkan Presiden Raisi dan pegawai kanan yang menemaninya telah ditemukan selepas berjam-jam pencarian meluas di kawasan pergunungan di wilayah Azerbaijan Timur.
Helikopter Raisi terhempas pada petang Ahad di kawasan Varzaqan ketika beliau dalam penerbangan pulang bersama Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa individu lain daripada upacara perasmian empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan. – BERNAMA-IRNA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...