Tiada larangan rentas negeri Melaka
AYER KEROH 20 Okt. – Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan larangan rentas negeri seperti yang tular di media sosial sejak tengah hari tadi.
Menafikan berita palsu itu, Pejabat Ketua Menteri menerusi kenyataannya hari ini berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti kandungan berita berkenaan.
“Ingin ditegaskan bahawa Ketua Menteri Melaka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dilaporkan atau ditularkan.
“Orang ramai dinasihat supaya tidak menyiarkan sebarang berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan, kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, dalam keadaan semasa pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan di seluruh negara termasuk di Negeri Melaka dengan peningkatan kes jangkitan positif setiap hari, orang ramai
tidak seharusnya mempercayai sebarang khabar angin atau berita palsu yang disiarkan atau diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak sah atau tidak mempunyai autoriti.
“Untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan perkembangan dan situasi semasa pandemik COVID-19 khususnya di Negeri Melaka, orang ramai diminta merujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Melaka atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM SEDIA KERJASAMA MAJUKAN TANAH WAKAF
BANDARAYA MELAKA 27 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan...
LANJUTAN TAHUN MELAWAT MELAKA DISAMBUT BAIK PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN
AYER KEROH 27 Januari - Pemain industri pelancongan tempatan menyambut baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan kempen Tahun Melawat Melaka yang...
BURUH WARGA ASING MAUT JATUH DI TAPAK PEMBINAAN DI MERU RAYA
IPOH 27 Januari - Seorang pekerja binaan warga asing maut selepas terjatuh dari ketinggian lapan meter di tapak pembinaan bangunan...
LELAKI JATUH BOT DI ROMPIN DITEMUKAN LEMAS
KUANTAN 27 Januari - Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin, Rompin, Sabtu...
REPLIKA ULAR TARIK PENGUNJUNG KE KAMPUNG PERMAI
MACHAP JAYA 27 Januari - Kreativiti penduduk menggubah barangan kitar semula sebagai perhiasan bersempena sambutan Tahun Baru Cina menjadikan suasana...
NILAI KERUGIAN AKIBAT KEBAKARAN DI MELAKA MENURUN
AYER KEROH 27 Januari - Nilai kerugian akibat kebakaran di Melaka merekodkan penurunan sepanjang tahun lalu. Pengarah Jabatan Bomba dan...